PUSAT PEMBELAJARAN :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES
HBMT 2103
TEACHING MATHEMATICS IN YEAR TWO
NAMA :
NORMAHERAN BINTI ALIYAS
750127-03-5378
TEL : 017 9775775
( KOHORT 7 )
TUTOR :
PN. SAMSIAH BINTI HASSAN
SEMESTER :
SEPTEMBER 2010
TAJUK :
MEMBANDING ISIPADU CECAIR
Pengenalan
Tafsiran yang salah mengenai konsep isipadu cecair sering dihadapi oleh murid terutama semasa membuat perbandingan tentang kapasiti di antara dua buah bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Murid sering membuat perbandingan berdasarkan kepada tinggi bekas dan bukannya pada kapasiti sesuatu bekas tersebut. Justeru, guru perlulah tahu dan lebih berhati-hati bagi memastikan murid dapat memahami konsep ini dengan berkesan. Berikut dinyatakan dua aktiviti yang boleh digunakan untuk mengajar murid lemah dan murid cerdas. Bahan-bahan untuk pengajaran dan pembelajaran amat mudah diperoleh serta murah.
Terdapat dua sukatan yang kita dapat gunapakai dalam menyukat isipadu cecair pada tahap sekolah rendah iaitu milliliter (ml ) dan liter ( l ). Dengan adanya unit ini, maka dapatlah kita mengurangkan masalah konsep pelajar terhadap perbezaan isipadu dalam dua atau lebih bekas yang berbeza saiz. Antara alat yang kita boleh gunakan ialah seperti bikar, silinder penyukat dan sebagainya.
Isipadu cecair di dalam bekas pelbagai bentuk
Contoh bahan bantu mengajar isipadu cecair
Definisi Isipadu Cecair
Isipadu cecair merujuk kepada banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas tertentu. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti (muatan) bekas tersebut. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama.
Cara Menyukat Isipadu Cecair
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ISIPADU CECAIR
MEDIA PENGAJARAN 1
AKTIVITI 1
Kelas : 2 Ibnu Sina
Masa : 60 minit
Murid Sasaran : Murid lemah
Kemahiran : Mengukur dan Membanding Isipadu Cecair
Aktiviti 1 : Menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Pengetahuan Sedia ada :
Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek iaitu lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah dalam tajuk nombor bulat.
Bahan Bantu Mengajar:
2 jenis bekas yang berlainan saiz iaitu botol air dan silinder penyukat, cawan pengukur dan sebaldi air.
Kosa kata :
lebih, kurang, sama banyak, kosong, separuh dan penuh
Langkah-langkah :
1. Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan yang mempunyai 4 orang ahli untuk menjalankan aktiviti pembelajaran secara koperatif.
2. Seorang murid diminta menjadi pencatat dalam setiap kumpulan.
3. Berikan setiap kumpulan 2 jrenis bekas yang berlainan saiz, sebaldi air dan sebiji cawan kecil sebagai alat pengukur.
4. Setiap kumpulan akan mencatat bilangan cawan yang berisi air yang diperlukan untuk memenuhi setiap bekas yang diberi dalam jadual 1 yang disediakan.
5. Murid diminta mengisikan air ke dalam botol air yang disediakan dengan menggunakan cawan.
6. Murid diminta menganggar bilangan cawan yang telah digunakan untuk mengisi kesemua air ke dalam botol air.
7. Murid mengulang langkah-langkah dui atas dengan menggunakan silinder penyukat.
8. Murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual di bawah:
Bekas | Bilangan cawan yang berisi air |
Botol air (set A) | 4 |
Silinder penyukat (set B) | 3 |
9. Berdasarkan catatan bilangan cawan yang digunakan semasa proses pengasingan cecair, guru membimbing murid membuat kesimpulan berdasarkan bentuk bekas dan bilangan cawan yang digunakan untuk menyatakan bekas manakah yang mempunyai isipadu cecair yang paling banyak dan sebaliknya.
10. Kesimpulan
i) Guru menekankan bahawa bekas yang tinggi tidak semestinya mempunyai isipadu cecair yang banyak berbanding bekas yang rendah.
ii) Membuat anggaran adalah penting dalam kehidupan seharian.
MEDIA PENGAJARAN 2
AKTIVITI 2
Kelas : 2 Ibnu Sina
Masa : 60 minit
Murid Sasaran : Murid cerdas
Kemahiran : Mengukur dan Membanding Isipadu Cecair
Aktiviti 1 : Menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat mengukur dan membanding isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
Pengetahuan Sedia ada :
Murid-murid telah belajar bagaimana membanding sesuatu objek iaitu lebih atau kurang, banyak atau sedikit, tinggi atau rendah dalam tajuk nombor bulat dan dapat membaca angka-angka yang terdapat pada senggatan bekas penyukat 1 liter, 2 liter, 3 liter..
Bahan Bantu Mengajar:
3 botol air berwarna yang berbeza isipadu dan diletakkan di dalam bekas yang berbeza ketinggian, cawan dan bekas kosong seperti bikar atau jag bersenggat.
Langkah-langkah :
1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Guru memberikan 3 bekas berisi air berwarna (A) dan bekas penyukat bersenggat (B) seperti dalam rajah.
3. Guru meminta setiap kumpulan membuat anggaran dan mencatat berapakah jumlah bilangan cawan yang diperlukan untuk memenuhkan 1 liter air di dalam jag bersenggat.
4. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti dengan menyukat cecair berwarna merah dalam Set A dengan menggunakan cawan mini. Murid dibenarkan menggunakan semua cecair yang ada daripada mana-mana bekas.
5. Murid menuang cecair ke dalam cawan mini sehingga penuh satu demi satu dan meletakkan cecair tersebut ke dalam penyukat bersenggat sehingga mencapai isipadu 1 liter sebagai proses pengasingan.
6. Satu cawan mewakili satu unit ukuran bagi cecair.
7. Murid mencatat bilangan cawan yang digunakan dalam proses memenuhkan cecair dalam penyukat bersenggat.
8. Seterusnya, dengan menggunakan prosedur dan proses yang sama, murid menyukat 2 liter dan 3 liter isipadu cecair pula.
9. Sebagai panduan murid, jadual seperti gambar rajah di bawah diberi.
Isipadu Cecair | Anggaran cawan digunakan | Bilangan cawan diguna | Kesimpulan |
1 liter | 1 liter = ____cawan | ||
2 liter | |||
3 liter |
10. Kesimpulan
i. Membuat anggaran adalah penting dalam kehidupan seharian.
ii. Ujian perlu dilakukan sama ada dengan menggunakan bekas bersenggat atau dengan melihat label yang tertulis pada pelekat (cecair dalam botol atau tin)
iii. Angka yang besar menunjukkan isipadu cecair yang banyak dan sebaliknya.
Contohnya : 2 liter air lebih banyak daripada 1 liter air.
Kesimpulan
Kaedah menyukat isipadu cecair memerlukan kefahaman yang tepat. Diharapkan agar murid-murid tidak terpengaruh dengan saiz bekas atau ketinggian bekas dalam menentukan isipadu cecair tertentu.
Pada peringkat asas, penggunaan alatan tanpa unit standard seperti penggunaan cawan atau bekas kecil boleh digunakan bagi menyukat isipadu cecair. Untuk penyukatan yang tepat, penggunaan alatan yang bersenggat seperti bikar makmal atau silinder penyukat adalah disarankan penggunaannya.
Apa yang penting murid-murid perlu faham bagaimana untuk menyukat isipadu cecair dengan betul dan menggunakan alatan yang betul agar dapat mengaplikasikan kemahiran menyukat isipadu cecair dalam kehidupan seharian.
Pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk mengukuhkan penguasaan konsep isipadu cecair di dalam diri murid-murid. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan perlu berpusat kepada murid-murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan serta tidak membosankan.
Penggunaan bahan atau alat bantu mengajar yang baik boleh mengukuhkan lagi konsep isipadu cecair yang dipelajari. Murid-murid perlu dibimbing dengan sepenuhnya supaya tidak menerima salah konsep dalam isipadu cecair. Penguasaan konsep isipadu cecair yang dikuasai oleh murid-murid perlu diperkembangkan lagi supaya pembelajaran mereka lebih berkesan. Guru perlu banyak membantu murid-murid supaya penguasaan konsep isipadu cecair yang diperolehi mereka akan berkekalan di dalam minda mereka.
BIBLIOGRAFI
Prof. Dr. Mansor Fadhzil, Prof Madya Dr. Widad Othman (2010). HBMT 2103 Teaching Mathematics in Year Two, OUM, Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Wan Yusuf bin Wan Ngah, Mohd Marzuki bin Maulud (2002). Mathematics Year 2 : Dewan Bahasa Dan Pustaka (M) Sdn. Bhd.
http://www.scribd.com/doc/43411961/volume-of-liquid
http://wanmohdropi.wordpress.com/pendahuluan/
http://ukurisipaducecair.blogspot.com/2010/11/pengenalan_12.html
http://www.google.com.my/images?hl=en&biw=1436&bih=692&gbv=2&tbs=isch%3A1&sa=1&q=SILINDER+PENYUKAT&btnG=Search&aq=f&aqi=g1&aql=&oq=&gs_rfai=
http://www.scribd.com/doc/43587856/MEMBANDING-ISIPADU-CECAIR
No comments:
Post a Comment